SENARAI KELAB EPL SAH KE PENTAS EROPAH

Gambar utama SENARAI KELAB EPL SAH KE PENTAS EROPAH

Saingan Liga Perdana Inggeris musim 2025/2026 akhirnya melabuhkan tirai dengan senarai kelab yang layak ke kejohanan Eropah musim depan turut dimuktamadkan selepas aksi terakhir berlangsung serentak pada Ahad.

Arsenal muncul juara liga sekali gus mengetuai kelompok kelab England ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Manchester City turut mengesahkan tiket selepas menamatkan saingan sebagai naib juara.

Manchester United pula kembali ke pentas UCL selepas tiga musim terlepas saingan elit Eropah itu, manakala Liverpool memastikan kedudukan dalam kelompok lima terbaik liga.

Aston Villa melengkapkan senarai wakil England ke UCL selepas turut meraih slot automatik susulan kejayaan menjuarai Europa League musim ini.

Bournemouth dan Sunderland pula bakal membawa cabaran England ke Europa League. Sunderland menjadi perhatian apabila berjaya menamatkan musim di tangga ketujuh walaupun baru kembali ke EPL musim ini.

Brighton pula muncul satu-satunya wakil England ke UEFA Conference League selepas menamatkan saingan liga di kelompok kelayakan Eropah.

Situasi itu menyaksikan lapan kelab EPL bakal bersaing di pentas Eropah musim depan, manakala Chelsea dan Tottenham Hotspur terpaksa menerima hakikat gagal merebut tempat ke kejohanan UEFA musim 2026/2027.