IRAN TETAP BERAKSI DI PIALA DUNIA 2026 – INFANTINO
Presiden FIFA, Gianni Infantino menegaskan Iran tetap akan beraksi di Piala Dunia 2026 meskipun ketegangan masih memuncak di Timur Tengah.
Menurut beliau, penyertaan Iran tidak seharusnya dipersoalkan kerana pasukan itu telah layak secara merit dan berhak mewakili negara mereka di pentas terbesar bola sepak dunia.
Infantino turut menyuarakan harapan agar situasi semasa akan kembali stabil menjelang kejohanan berlangsung, sekali gus memastikan perjalanan pasukan berjalan lancar tanpa gangguan.
Beliau sebelum ini sempat mengunjungi kem latihan Iran di Antalya, Turkiye dan mendapati skuad tersebut kekal komited serta bersemangat tinggi untuk beraksi di kejohanan berprestij itu.
Iran dijadual memulakan kempen dengan menentang New Zealand pada 15 Jun, diikuti perlawanan menentang Belgium pada 21 Jun, sebelum melengkapkan aksi kumpulan berdepan Mesir pada 26 Jun. Semua perlawanan tersebut akan berlangsung di Amerika Syarikat.
Terdahulu, Iran pernah mengemukakan permintaan kepada FIFA untuk memindahkan perlawanan mereka ke Mexico yang turut menjadi tuan rumah bersama Kanada dan Amerika Syarikat, namun permohonan itu tidak mendapat kelulusan.