UNDIAN PIALA ASIA 2027: WAKIL ASEAN KETAHUI LALUAN DI ARAB SAUDI

Gambar utama UNDIAN PIALA ASIA 2027: WAKIL ASEAN KETAHUI LALUAN DI ARAB SAUDI

Kempen AFC Asian Cup 2027 kini semakin mencuri perhatian selepas keputusan rasmi undian peringkat kumpulan diumumkan menjelang kejohanan yang bakal berlangsung di Arab Saudi tahun hadapan.

Tumpuan pastinya terarah kepada empat wakil Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam dan Singapore yang bakal membawa cabaran rantau ASEAN dalam usaha mencipta kejutan di pentas Asia.

Indonesia dan Thailand dilihat berdepan laluan cukup mencabar apabila kedua-duanya diundi dalam Kumpulan F bersama kuasa besar Asia, Jepun dan Qatar yang merupakan antara pasukan pilihan kejohanan.

Singapura pula bakal beraksi dalam Kumpulan D bersama Australia, Iraq dan Tajikistan, manakala Vietnam diundi dalam Kumpulan E yang turut dibarisi Korea Selatan serta UAE selain Yemen atau Lubnan.

Secara keseluruhan, 24 negara akan beraksi dalam kejohanan kali ini dengan setiap pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan yang mengandungi empat negara.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan kalah mati, manakala empat pasukan tempat ketiga terbaik turut akan melengkapkan senarai 16 pasukan terakhir.

Berikut keputusan penuh undian peringkat kumpulan:

Kumpulan A – Arab Saudi, Kuwait, Oman, Palestin.

Kumpulan B – Uzbekistan, Bahrain, Korea Utara, Jordan.

Kumpulan C – Iran, Syria, Kyrgyzstan, China.

Kumpulan D – Australia, Tajikistan, Iraq, Singapura.

Kumpulan E – Korea Selatan, UAE, Vietnam, Yemen atau Lubnan.

Kumpulan F – Jepun, Qatar, Thailand, Indonesia.

Piala Asia 2027 dijadual berlangsung dari 7 Januari hingga 5 Februari depan di Arab Saudi dengan lapan stadium di tiga bandar dipilih sebagai venue rasmi bagi menjayakan kejohanan bola sepak terbesar Asia itu.