BIDUANITA NEGARA TERUJA LAGUNYA DIGUNAKAN OLEH YB HANNAH YEOH

Gambar utama BIDUANITA NEGARA TERUJA LAGUNYA DIGUNAKAN OLEH YB HANNAH YEOH

Perkongsian video sempena Hari Raya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hannah Yeoh berjaya mencuri perhatian ramai, khususnya apabila ia menampilkan lagu nyanyian Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Menerusi ruangan komen di media sosial, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri meluahkan rasa teruja dan berterima kasih kerana lagunya dipilih untuk dimuatkan dalam video tersebut, sekali gus menambah seri suasana perayaan.

YB Hannah Yeoh turut membalas komen itu, "Wow terkejut saya dapat komen from the Legend herself" yang jelas gembira menerima komen daripada figura besar industri muzik tanah air. 

Video berkenaan bukan sahaja menarik perhatian kerana pemilihan lagu, malah lokasi penggambarannya turut menjadi tumpuan. Video tersebut dirakam di Bangunan Sultan Abdul Samad, yang baru sahaja dibuka semula kepada umum.

Keindahan seni bina bangunan bersejarah itu, digabungkan dengan elemen moden dalam penghasilan video, menjadikan ia tular serta mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet.

Rata-rata memuji usaha tersebut yang bukan sahaja mengangkat karya seni tempatan, tetapi dalam masa sama mempromosikan warisan ikonik negara kepada generasi baharu.