CAF UBAH KEPUTUSAN FINAL, MAGHRIBI KINI JUARA AFCON 2025
Confederation of African Football (CAF) membuat keputusan drastik apabila mengisytiharkan Maghribi sebagai juara baharu AFCON 2025 susulan semakan semula kes final kontroversi.
Keputusan itu dicapai selepas Jawatankuasa Rayuan CAF meneliti bantahan yang dikemukakan oleh Fédération Royale Marocaine de Football (FRMF).
Hasil penilaian, Senegal dianggap melanggar peraturan pertandingan apabila tindakan pemain mereka meninggalkan padang ketika final berlangsung ditafsir sebagai keengganan meneruskan perlawanan.
Insiden tersebut berlaku selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Maghribi, yang mencetuskan protes besar dalam kalangan pemain Senegal.
Walaupun perlawanan sebelum ini diteruskan semula dan Senegal muncul pemenang di masa tambahan, keputusan itu kini dibatalkan dan digantikan dengan kemenangan 3-0 buat Maghribi.
Ketegangan semakin memuncak apabila laporan menyebut Senegal enggan menyerahkan trofi yang dimenangi, sekali gus menimbulkan konflik antara pihak terlibat.
Malah, Federation Senegelaise de Football (FSF) dilaporkan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada CAF sekiranya dipaksa akur dengan keputusan tersebut.