AFC TANGGUH UNDIAN PIALA ASIA 2027 

Gambar utama AFC TANGGUH UNDIAN PIALA ASIA 2027 

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengambil keputusan menangguhkan cabutan undi Piala Asia 2027 dalam usaha memastikan kelancaran penganjuran kejohanan itu.

Sebelum ini, undian dijadual berlangsung pada 11 April di Riyadh, Arab Saudi, namun perubahan dibuat susulan keadaan semasa yang tidak menentu.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan semua pemegang taruh dapat terlibat sepenuhnya tanpa sebarang gangguan.

Situasi geopolitik di Asia Barat dilihat menjadi punca utama, khususnya konflik yang tercetus melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran sejak penghujung Februari lalu.

Ketegangan itu bukan sahaja menjejaskan kestabilan rantau berkenaan, malah turut memberi kesan langsung kepada kalendar bola sepak Asia.

Beberapa aksi penting termasuk pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bagi Zon Barat turut terpaksa ditangguhkan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John memaklumkan bahawa pusingan akhir ACLE masih belum dimuktamadkan walaupun tarikh asal telah ditetapkan sebelum ini.

AFC kini berharap situasi kembali reda dalam masa terdekat agar segala perancangan termasuk undian Piala Asia 2027 dan aksi ACLE dapat dilaksanakan seperti dirancang.