PERANCIS KEMBALI NO. 1 DUNIA, KUASAI SEMULA RANKING FIFA

Gambar utama PERANCIS KEMBALI NO. 1 DUNIA, KUASAI SEMULA RANKING FIFA

Perancis kembali menguasai ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas memintas Sepanyol untuk menduduki tangga teratas.

Kedudukan itu menjadi yang pertama buat Perancis sejak September 2018, sekali gus menandakan kebangkitan semula mereka di pentas antarabangsa.

Lonjakan tersebut didorong keputusan positif dalam aksi persahabatan bulan lalu, termasuk kemenangan ke atas Brazil dan Colombia.

Sepanyol yang sebelum ini menghuni tangga teratas sejak September tahun lalu terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.

Juara bertahan Piala Dunia, Argentina turut mengalami penurunan apabila kini berada di tempat ketiga dalam senarai terkini.

England kekal di posisi keempat, manakala Portugal memperbaiki kedudukan untuk berada dalam kelompok lima terbaik dunia.

Dalam masa sama, keputusan seri tanpa jaringan menentang Mesir sedikit sebanyak menjejaskan momentum Sepanyol.

Brazil kini di tangga keenam, diikuti Belanda, Maghribi, Belgium dan Jerman yang melengkapkan senarai 10 pasukan terbaik dunia.