KEPUTUSAN ZON BARAT LENGKAPKAN SUKU AKHIR ACLE, INI JADUAL PENUH

Gambar utama KEPUTUSAN ZON BARAT LENGKAPKAN SUKU AKHIR ACLE, INI JADUAL PENUH

Saingan AFC Champions League Elite (ACLE) kini memasuki fasa suku akhir selepas pusingan 16 terbaik Zon Barat akhirnya melabuhkan tirai.


Sebelum ini, empat perlawanan Zon Barat terpaksa ditunda berikutan konflik yang melanda rantau Timur Tengah, sekali gus memaksa pihak AFC menyusun semula jadual perlawanan.


Dengan semua keputusan kini diperoleh, barisan lapan pasukan terbaik telah pun dimuktamadkan untuk aksi suku akhir yang dijangka berlangsung sengit.


Antara perlawanan menarik, Al-Sadd bakal berdepan wakil Jepun, Vissel Kobe manakala Machida Zelvia akan menentang Al-Ittihad.


Berikut merupakan jadual penuh aksi suku akhir ACLE:

• Al-Sadd vs Vissel Kobe17 April 2026, 12.15 pagi

• Al-Ahli vs JDT17 April 2026, 10.45 malam

• Machida Zelvia vs Al-Ittihad18 April 2026, 2.00 pagi

• Buriram United vs Shabab Al-Ahli19 April 2026, 12.15 pagi


Kesemua perlawanan ini bakal menentukan empat pasukan terbaik yang akan mara ke separuh akhir, dengan setiap pasukan kini hanya selangkah lebih dekat untuk menjulang kejuaraan kelab paling berprestij di Asia.