MALAYSIA B-16 KE FINAL KEJUARAAN ASEAN 2026
Skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) mengesahkan kemaraan ke pentas final Kejuaraan B-17 ASEAN 2026 selepas menewaskan Laos di peringkat separuh akhir.
Ianya sekaligus menamatkan penantian untuk kembali ke perlawanan akhir sejak edisi 2019.
Kejayaan ini dilihat sebagai pencapaian signifikan buat anak buah Shukor Adan yang bukan sahaja mencapai sasaran ke final, malah berpeluang mengulangi pencapaian cemerlang tujuh tahun lalu.
Malaysia akan menanti pemenang antara Vietnam dan Australia untuk aksi final, manakala Laos akan turun beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.
Kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Gelora Delta, Sidoarjo pada 24 April ini.