MALAYSIA SAH KE SUKU AKHIR, TUNDUKKAN FINLAND DALAM AKSI KEDUA
Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Thomas Cup selepas mencatat kemenangan penting ke atas Finland dalam aksi kedua Kumpulan B di Horsens, Denmark.
Berbekalkan kemenangan 3-2 ke atas England sebelum ini, skuad negara hanya memerlukan satu lagi keputusan positif, dan misi itu berjaya disempurnakan meskipun tidak bermula seperti dirancang.
Aksi pembukaan menyaksikan Leong Jun Hao dikejutkan oleh pemain ranking ke-60 dunia, Joakim Oldorff yang menang straight set 21-17, 21-15 untuk memberikan Finland kelebihan awal.
Namun, Justin Hoh tampil menghidupkan semula cabaran Malaysia apabila menewaskan Kalle Koljonen dengan keputusan 21-14, 21-12 untuk mengikat kedudukan.
Momentum itu diteruskan menerusi gandingan eksperimen Soh Wooi Yik–Tee Kai Wun yang tampil meyakinkan menundukkan pasangan Finland, sekali gus meletakkan Malaysia di landasan kemenangan.
Kejayaan ini memastikan tempat ke suku akhir buat skuad negara lebih awal, dengan baki satu lagi perlawanan kumpulan menentang Jepun pada 29 April.