Ballon d’Or 2025: Semua Info Tarikh, Masa & Calon

Gambar utama Ballon d’Or 2025: Semua Info Tarikh, Masa & Calon

Majlis anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak, Ballon d’Or 2025, bakal berlangsung Isnin ini.

Trofi tahunan yang sudah masuk edisi ke-69 ini akan menobatkan pemain terbaik dunia musim lalu.

Bila & Di Mana?

Upacara penuh gilang-gemilang ini akan diadakan pada Isnin, 22 September 2025 di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis.

Gambar tambahan untuk artikel

Acara dijangka bermula jam 8 malam waktu UK (3 pagi waktu Malaysia).

Siapa Pilihan Utama?

Semua mata kini tertumpu kepada Ousmane Dembele (Paris Saint-Germain) yang menjadi calon paling hangat selepas bantu PSG rangkul treble bersejarah musim lalu termasuk kejuaraan UCL pertama kelab itu.

Lebih manis, Dembele catat 35 gol dalam 53 perlawanan – satu prestasi luar biasa untuk pemain yang sebelum ini langsung tidak pernah dicalonkan.

Selain Dembele, dua bintang Barcelona, Lamine Yamal & Raphinha, serta rakan sepasukan Dembele, Vitinha (yang turut menang Nations League bersama Portugal), juga disebut-sebut sebagai pencabar utama.

Dari EPL, Mohamed Salah (Liverpool) dijangka jadi wakil paling tinggi kedudukannya.

Senarai Calon Lelaki Ballon d’Or 2025

Anugerah Lain Malam Itu

Selain Ballon d’Or lelaki & wanita, beberapa trofi lain turut disampaikan:

Paris bakal jadi saksi malam gemilang. Adakah Dembele akan mengangkat trofi emas buat kali pertama, atau ada kejutan lain menanti?