OZIL SERTAI FORUM ILMUWAN MADANI ATAS JEMPUTAN PM
Legenda bola sepak Jerman, Mesut Özil memenuhi jemputan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.
Momen kehadiran beliau ke program itu turut dikongsikan di platform media sosial rasmi Perdana Menteri, sekali gus menarik perhatian ramai.
Kehadiran bekas bintang Arsenal itu adalah bagi menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada 26 April.
Lawatan tersebut juga merupakan susulan kepada jemputan rasmi yang disampaikan oleh Anwar ketika kunjungannya ke Turkiye pada Januari lalu.
Menerusi platform forum berkenaan, Özil dijemput berkongsi pandangan dan pengalaman melibatkan dunia bola sepak profesional, selain menyentuh aspek kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan anak muda dalam memperjuangkan isu keadilan dan solidariti global.